Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Peguam Negara (AG) Tommy Thomas menafikan pembabitannya dalam memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan yang mengklasifikasi bagaimana anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia.

Dalam afidavit yang difailkannya pada 19 Julai, Thomas berkata bahawa walaupun terdapat 1,200 pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC), beliau tidak mengeluarkan arahan kepada mereka mengenai tugas harian masing-masing.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada permohonan ex-parte terhadapnya oleh peguam yang mewakili keluarga Adib yang mendakwa dirinya menghina mahkamah atas afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menyatakan bagaimana ahli bomba itu meninggal dunia.

Peguam itu mendakwa bahawa dengan melakukan perkara berkenaan sebelum Mahkamah Koroner membuat keputusan, peguam negara telah menghina mahkamah..

Dalam afidavit balasnya, beliau berkata beliau tidak berjumpa dengan timbalan pendakwa raya (DPP) Hamdan Hamzah, yang dipercayai memfailkan afidavit pada 3 April yang menyatakan bahawa kecederaan atau kematian terhadap Adib bukan akibat dipukul.

Hamdan adalah bekas pegawai yang menjalankan inkues Adib dan bersara pada 1 Mei.  

"Mana-mana afidavit yang disiapkan dan difailkan oleh DPP berhubung dengan inkues Adib adalah sepenuhnya dalam skop kerjanya.

"Saya tidak memberikan sebarang arahan atau menyuruh memfailkan kandungan afidavit itu," katanya.

Justeru, katanya, permohonan ex parte keluarga Adib untuk mengheret Thomas atas dakwaan menghina mahkamah tidak mempunyai merit.

"Membuat kesimpulan dan rumusan oleh pemohon berdasarkan afidavit DPP adalah jahat dan nakal, salah anggap, dan tanpa sebarang asas atau merit," katanya.

Dalam afidavit difailkan pada 22 Julai, Hamdan menafikan bahawa afidavit yang beliau failkan pada 3 April lalu berhubung kematian Adib menyamai seperti gangguan terhadap keadilan.  

Hamdan berkata dia memfailkan afidavit itu pada bulan April untuk membatalkan rayuan dan permohonan tetap yang dibawa oleh Jawatankuasa bertindak Selamatkan Kuil Mariamman, Seafield.

"Kenyataan dalam perenggan 6, dalam afidavit saya bukan pernyataan awal seperti yang didakwa oleh pemohon.

Hamdan berkata beliau menyatakan dalam afidavit yang sama bahawa dia menulis tentang kematian Adib berdasarkan bukti yang terdapat semasa inkues sehingga 2 April.

Peguam keluarga Adib (foto,atas), Haniff Khatri Abdulla kemudian memohon mahkamah untuk memutuskan sama ada akan menerima dua afidavit yang dikemukakan oleh Thomas dan Hamdan pada peringkat ini.

Mahkamah terdahulu menetapkan 8 September untuk memutuskan sama ada untuk menerima afidavit berkenaan dan jika peguam negara perlu hadir ke mahkamah dalam permohonan ex parte itu.

Apabila ditemui di luar mahkamah, Haniff berkata peguam negara atau wakilnya hanya perlu hadir di mahkamah selepas hakim memberi kebenaran dalam permohonan ex parte itu.

Peguam Abdul Rahim Sinwan juga hadir di mahkamah bagi pihak keluarga. Thomas diwakili oleh timbalan ketua Bahagian Sivil AGC, S Narkunavathy dan peguam persekutuan kanan Mankiranjit Kaur Mehinder Singh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS