Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Prestasi dan kedudukan kewangan TH makin kukuh
Diterbitkan:  Jul 25, 2019 12:28 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi separuh pertama tahun 2019.

Menurut kenyataan syarikat berkaitan kerajaan itu, ia hasil daripada strategi pelaburan mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat.

Jumlah aset TH kini melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.8 bilion, dengan jumlah aset RM74.0 bilion, manakala jumlah liabiliti RM72.2 bilion.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, TH berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM1.3 bilion dan mencatat keuntungan RM815 juta.

Pendapatan TH dijangka terus meningkat apabila TH akan menerima manfaat penuh daripada Sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang telah diterbitkan pada 30 Mei yang lalu, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu juga menyebut deposit kekal tinggi pada paras RM71.0 bilion setakat bulan lalu.


Lihat Komen
ADS