Reman hakim disambung 5 hari
Diterbitkan: Jul 25, 2019 9:17 PM
Tempoh tahanan reman seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Selangor yang tamat semalam, disambung lima hari lagi sehingga Ahad.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata tempoh reman itu disambung bagi membantu siasatan berkaitan kes melepaskan pendatang tanpa izin.
“Tempoh reman disambung selama lima hari bermula semalam,” katanya ketika dihubungi.
Hakim berusia berusia 45 tahun itu ditahan SPRM Isnin lepas.
Minggu lepas, enam anggota polis dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor dan masing-masing seorang timbalan pendakwa raya (DPP) dan peguam ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.