Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Tuduhan Indira jahat, cubaan kaitkan PAS dengan ekstrimisme’
Diterbitkan:  Jul 26, 2019 1:04 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

PAS membantah keras tuduhan M Indira Gandhi bahawa terdapat NGO mesra parti itu melindungi bekas suaminya daripada pihak berkuasa.

“Ia satu tuduhan jahat dan cubaan mengaitkan PAS dengan aktiviti ekstrimisme,” kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jurucakap Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) Arun Doraisamy semalam berkata laporan dibuat di balai polis Petaling Jaya berkaitan dakwaan tiga kumpulan melindungi Muhammad Riduan Abdullah, yang sedang diburu polis.

Selain NGO mesra PAS, laporan itu mendakwa Riduan dilindungi puak pemisah selatan Thailand dan penyokong pendakwah kontroversi Zakir Naik.

Arun berkata mereka dimaklumkan Muhammad Ridhuan meninggalkan Kelantan dan melepasi sempadan negara tanpa passport yang sah.

Dalam kenyataan hari ini, PAS menuntut Indira menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf atas.

M Indira Gandhi 

Hampir 10 tahun berlalu sejak Ridhuan membawa lari Prasana setelah menukar agama tiga anaknya kepada Islam tanpa persetujuan isterinya, ketika pada tahun 2009.

Riduan dan Indira kemudian terus menggunakan saluran undang-undang termasuk melibatkan kedua-dua mahkamah syariah dan sivil dalam rebutan itu.

Pada tahun 2014, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Ridhuan, tetapi hingga hari ini polis masih belum menemuinya.

Tahun lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengisytiharkan penukaran agama secara satu pihak adalah menyalahi undang-undang.

Lihat Komen
ADS