Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Itik Malaysiakini’ mati selepas lima tahun
Diterbitkan:  Jul 31, 2019 12:39 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

Pada 25 April 2014, pejabat Malaysiakini disimbah cat merah.

Beras, jarum peniti dan seekor itik, diletakkan dalam kotak bertampal potret pemimpin DAP Teresa Kok, turut diletakkan di depan pejabat lama Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Walaupun ditemui dalam keadaan lembik, itik itu hidup untuk lima tahun lagi dan bertelur hampir setiap hari untuk penjaga barunya.

Malam tadi, ia akhirnya mati.

“Beberapa hari lalu, kakinya lemah dan tidak stabil, tak mampu berjalan atau berenang dengan betul.

“Pagi (semalam) saya dapati dia hampir tenggelam dalam air. Bulunya basah. Agaknya dia tak larat untuk keluar dari kolam.

“Saya selamatkan dia dan keringkan bulunya. Malangnya dia tak mampu pulih dari trauma dan akhirnya mati,” tulis bekas anggota parlimen Batu Tian Chua fi Facebook.


Baca: Itik, cat merah di pejabat Malaysiakini


Chua ketika itu menawarkan diri membela itik itu kerana Malaysiakini tiada tempat untuk menjaganya.

Pemimpin PKR itu menamakannya Tessy dan membina kolam kecil di halaman rumahnya.

Menurut seorang pengendali kedai berdekatan, kejadian khianat itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi dan laporan polis dibuat di Balai Polis Travers.

Malaysiakini berkata tidak gentar dengan amaran itu dan menyifatkannya sebagai kerja “ejen provokator".

Kok, kini seorang menteri, juga mengutuk cubaan mengugut wartawan Malaysiakini dan mengaitkannya dengan kontroversi melibatkan dirinya.

Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Kok disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS