Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
3 Sept sebutan semula kes lucut hak Obyu Holding

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 September sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kerajaan untuk melucut hak harta disita daripada Obyu Holding Sdn Bhd yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffery Ong berkata ia bagi pewartaan notis dan memanggil mana-mana pihak ketiga berkepentingan ke atas harta yang disita.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 31 Oktober ini sebagai tarikh pendengaran notis kes tersebut.

Peguam Mohd Yusof Zainal Abidin mewakili respondan.

Obyu Holdings dimiliki oleh Bustari Yusof, adik bekas menteri kerja raya, Fadillah Yusof. Bustari adalah orang kepercayaan rapat Najib.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu, kerajaan antaranya mahu menyita sebanyak 11,991 unit barang kemas, jam tangan 401 utas dan 16 unit aksesori jam tangan, cermin mata 234 unit dan 306 beg tangan serta wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings Bhd.

Syarikat itu dalam kenyataan bertarikh 9 Mei dilaporkan mempertahankan bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan terhadap aset yang disita dalam hartanahnya.

Selain itu, syarikat itu juga menegaskan tidak mempunyai kepentingan dalam aset tersebut, usul pelucuthakan itu tidak akan memberi kesan buruk kepada mereka.

Lihat Komen
ADS