Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan Shafee hina mahkamah: Hakim tolak permohonan AG

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan pertuduhan menghina mahkamah ke atas peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Mohd Firuz Jaffril juga mengarahan Shafee diberi kos sebanyak RM30,000.

Peguam Shafee pada mulanya meminta sebanyak RM150,000 tetapi peguam dari AGC berkata Peguam Negara Tommy Thomas hanya menjalankan tugasnya dalam mempertahankan badan kehakiman.

Firuz kemudiannya menetapkan kos pada RM30,000, selepas mengambil kira kedudukan fiskal semasa kerajaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata bahawa individu yang didakwa menghina mesti tahu dengan tepat berhubung pertuduhan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS