Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar tolak undang-undang lindungi lelaki terjebak jenayah seks
Diterbitkan:  Aug 1, 2019 8:43 AM
Dikemaskini: 12:43 AM

PKR menolak cadangan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah rogol dan menyifatkannya sebagai penghinaan kepada kaum wanita.

Oleh itu Presiden PKR, Anwar Ibrahim mahu cadangan berkenaan yang dilontarkan Senator Mohamad Imran Abd Hamid ditarik balik.

"Ingin saya jelaskan bahawa PKR menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.

"Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Senator Mohamad Imran Abd Hamid 

Semalam Senator PKR itu mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh sebabkan kaum lelaki tergoda hingga boleh sebabkan perbuatan seperti sumbang mahram, rogol, meraba, pornografi dan sebagainya,” katanya.

Pesara tentera laut itu memberitahu Dewan Negara, gesaan itu dibuat supaya golongan lelaki “selamat” dan seteruskan “negara jadi aman”," kata Mohamad Imran.

Lihat Komen
ADS