Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP: Perlu izin kedua-dua ibu bapa tukar agama bawah umur

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pendirian partinya bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua-dua ibu bapa.

"Pendirian kita jelas. Kita mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penukaran agama orang bawah umur perlu dipersetujui kedua-dua ibu bapa.

"Kita perlu hormati perlindungan yang diberi (kepada warga bawah umur seperti termaktub dalam) Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan risiko pergolakan politik di DUN Selangor di mana Speaker Ng Suee Lim dikatakan menghalang rang undang-undang pindaan enakmen negeri daripada dibentang untuk perbahasan.

Pada masa ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran "ibu dan bapa" sebelum memeluk Islam. Pindaan itu untuk mengubahnya kepada "ibu atau bapa".

Sementara itu, Lim menyangkal spekulasi Ng berdepan risiko disingkir sebagai speaker.

"tidak ada sebarang ura-ura. Dalam aspek ini tentu kita akan pertahankan speaker kami di Selangor, jadi tidak menjadi masalah," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS