Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sasar MB S’gor boleh makan diri, kata penganalisis

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari belum benar-benar selamat, kata penganalisis politik.

Perbezaan kem dalam PKR dilihat akan terus menghantui Amirudin, dari pihak timbalan presiden Azmin Ali.

Dan jika tersalah langkah, DAP - yang kini tidak memihak - mungkin berubah pendirian.

Serangan terhadap Amiruddin, atas nama Anwar, mungkin akan memberi kesan sebaliknya kepada bakal pengganti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu.

“Selangor ini cuma secebis saja dari isu lebih besar.

“Azmin Ali dan puak-puaknya tidak akan berdiam diri. Mereka akan beri tindak balas yang tidak kurang dahsyat. Ini akan beri risiko besar kepada PKR.

“Kalau Azmin amat kecewa dan marah, dia mugkin keluar parti. Ini sudah pasti akan ada kesan kepada Pakatan Harapan sampai ada pergolakan,” kata penganalisis bebas Jeniri Amir.

Jeniri Amir

Sementara itu, Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin pula berpendapat Anwar hanya dapat menguasai Selangor dengan bekerjasama dengan DAP dan istana.

Kumpulan dari kem Anwar pernah cuba menukar menteri besar di Selangor dengan strategi dikenali sebagai Langkah Kajang.

Pada 2014, Anwar cuba menukar menteri besar ketika itu Khalid Ibrahim. Kekosongan itu dikatakan akan diisi olehnya.

Langkah itu gagal selepas Mahkamah Rayuan mensabitkan beliau bersalah dalam tuduhan liwat, menyebabkan isterinya Wan Azizah Ismail diketengahkan untuk kerusi itu.

Bagaimanapun, akhirnya Azmin yang berjaya mendapat jawatan itu.

‘Anwar harus dapat kawalan penuh’

Anwar kini harus mendapat kawalan penuh dalam PKR bagi melancarkan peralihan kuasa di peringkat persekutuan.

“PKR tidak boleh paksa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad (turun) jika mereka berpecah belah, dengan kem Azmin mengawal Selangor.

“Jadi Anwar harus kawal penuh PKR jika beliau mahu peralihan lancar,” katanya.

James Chin 

Jeniri bagaimanapun berpendapat Mahathir harus campur tangan dan mengawal keadaan bagi mengelakkan kerajaan menjadi tidak stabil.

Sumber mendakwa terdapat akuan berkanun dirangka untuk menyatakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hilang penguasaan dalam dewan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan menteri besar dalam keadaan selesa selepas ketegangan isu berkaitan rang undang-undang penukaran agama anak reda.

Ia pada mulanya berpotensi menggeleagk dan mungkin mengubah sokongan DAP sebagai sekutu terpenting PKR di Selangor.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS