Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kenapa Jawi bukan pilihan tulisan BM lepas merdeka?'

ULASAN | Artikel Netusha Naidu berjudul "Neither Arabisation nor Islamisation, just a khat-astrophe" terbit di Malaysiakini pada 9 Ogos 2019 mungkin secara tidak langsung membincangkan sama ada haruskah kaligrafi khat diperkenalkan di sekolah-sekolah vernakular atau tidak.

Akan tetapi Naidu bersetuju bahawa ianya mesti diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah kebangsaan.

Sebenarnya tujuan artikel Naidu adalah untuk menerangkan bahawa evolusi skrip Jawi memiliki sejarahnya tersendiri dan tidak dapat dikatakan hanya sebagai satu skrip Arab atau sebagai komponen agama Islam.

Malah, evolusi skrip Jawi perlu difahami dalam konteks yang lebih luas termasuk pengaruh terhadapnya dari budaya lain seperti India, China dan Semenanjung Arab.

Hanya dengan kedatangan agama Islam di rantau ini, bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran menjadi lebih terintegrasi dengan skrip Jawi dan ekspresi keseniannya.

Oleh itu, ia akan menjadi kesilapan epistemologi besar untuk mengandaikan bahawa Jawi adalah hanya hasil sampingan dari Arabisasi Semenanjung Melayu.

Jawi lebih lagi dari soal Arab, Islam

Naidu mungkin betul dari perspektif epistemologi dan dari segi sejarah evolusi skrip Jawi tetapi bukannya dari segi pendekatan minimalis.

Walaupun Naidu mungkin cekap dalam menerangkan perkembangan zaman silam, Naidu telah gagal menjelaskan bagaimanakah sejak beberapa dekad yang lalu, Jawi di bawah penguasaan elit agama telah disamakan dengan Islam atau ajarannya.

Dengan demikian, sebaik sahaja Jawi diungkitkan, ianya dikaitkan dengan Islam dengan begitu mendalam sehingga skrip Jawi hanya digunapakai sebagai skrip Arab untuk penulisan bahasa Melayu.

Saya faham mengenai versi kontemporari tujuan Jawi dan bagaimanakah ianya digunapakai sehingga disamakan dengan bahasa Arab dan agama Islam.

Saya bersetuju dengan Naidu bahawa Jawi adalah lebih daripada itu, tetapi malangnya sejarah dan tradisi Jawi yang kaya telah dihadkan hanya kepada urusan berkaitan teologi.

Memandangkan hubungan kuat di antara huruf Jawi dan Islam, telah timbul kebimbangan bahawa pengenalan khat mungkin merupakan satu lagi ekspresi agama Islam di sekolah-sekolah vernakular.

Sama ada ianya benar atau tidak, saya tidak pasti, tetapi kebimbangan yang dijangka adalah kelihatan nyata.

Naidu mungkin merupakan seorang ahli sejarah yang baik mengenai topik evolusi skrip Jawi dan bagaimana skrip tersebut adalah sebahagian besar dalam kekayaan sejarah bahasa di Malaysia.

Tetapi Naidu gagal untuk mempertimbangkan dan menjelaskan mengenai analisis kontemporari berhubung mengapakah terdapat begitu banyak bantahan terutamanya dari golongan bukan Melayu dalam isu pengenalan kaligrafi khat di sekolah-sekolah vernakular di negara ini.

Saya tidak faham bagaimanakah Naidu boleh terlepas dari menyentuh aspek ini.

Jika Jawi diterima lepas merdeka

Menghormati skrip Melayu kuno adalah satu perkara tetapi bagaimanakah skrip Arab telah diketepikan dengan skrip roman banyak menceritakan tentang nasionalisme Melayu dan kesannya terhadap masyarakat Melayu awal.

Apa yang berlaku kepada intelektual-intelektual Melayu tersebut dan mengapakah skrip roman diterima oleh masyarakat tanpa sebarang bantahan.

Naidu boleh menyalahkan kuasa penjajah bagi peralihan dari skrip Jawi kepada skrip roman tetapi jelas bahawa mereka yang berganding bahu dengan nasionalisme Melayu perlu menceritakan sejarah berhubung pengabaian skrip Jawi.

Sekiranya skrip Jawi telah diterima sebagai skrip rasmi semasa kemerdekaan, maka senario penerimaan atau bantahan terhadap kaligrafi khat mungkin akan memunjukkan situasi yang berbeza dari situasi sebenar pada masa ini.


DR P RAMASAMY ialah Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang merangkap Anggota Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS