Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MTUC: Faktor setempat perlu diambil kira dalam kajian kemiskinan PBB
Diterbitkan:  Aug 11, 2019 4:35 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji kemiskinan tegar di Malaysia bermula minggu depan perlu mengambil kira beberapa faktor setempat dalam usaha untuk memperoleh keputusan yang menggambarkan tahap kemiskinan sebenar di negara ini, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung MTUC J. Solomon berkata antara faktor yang perlu diberi pertimbangan adalah situasi pekerja asing di negara ini; gaji minimum; pendapatan setiap jam dan penilaian realistik daripada Indeks Harga Pengguna (CPI).

“Perangkaan kasar jumlah pekerjaan negara akan menjadi petunjuk yang mengelirukan, disebabkan ia bukanlah faktor dalam pengangguran dan kemerosotan paras gaji yang disebabkan oleh beberapa faktor.

“Kaedah yang digunakan mesti realistik, termasuk penilaian paras pendapatan minimum untuk menjalani kehidupan yang baik di Malaysia,” katanya.

Solomon berkata MTUC menggesa misi PBB supaya memperluaskan kajiannya agar meliputi penilaian bukan setakat kemiskinan tegar, tetapi juga kemiskinan relatif dan sejauh mana masalah yang melibatkan kalangan pekerja miskin di negara ini.

Pelapor Khas PBB Philip Alston akan melakukan misi mencari maklumat selama 10 ke Malaysia bermula 13 Ogos dan pemerhatian awal serta cadangan berkaitan kemiskinan tegar dan hak asasi manusia akan dibentangkan setelah misi itu tamat pada 23 Ogos.

Laporan akhir oleh Pelapor Khas ke Malaysia itu akan dikemukakan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva pada Jun 2020.

- Bernama

Lihat Komen
ADS