Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang akui PH dalam krisis, rayu pemimpin DAP bertenang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa pimpinan parti itu supaya berhenti berbalah dengan pemimpin Pakatan Harapan lain, atau berhadapan risiko perpecahan dalam gabungan itu.

Menerusi satu memo dalaman, Lim meminta anggota parlimen dan Adun DAP agar berunding dengan pimpinan tertinggi DAP sekiranya tidak berpuas hati dengan PH dan memberi amaran pergeseran akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap gabungan itu.

Menurut individu yang melihat memo berkenaan, Lim memberi amaran kritikan orang ramai akan lebih meluas, sementara pemimpin DAP akan menjadi subjek serangan dari komponen PH yang lain.

"Itu adalah peringatan supaya tenang dan rasional. Beliau mengingatkan kita bahawa memenangi pilihan raya sangat sukar dan kita tidak boleh biarkan rakyat kecewa," kata salah seorang anggota parlimen, yang enggan namanya disebutkan.

"Walaupun Lim adalah ahli jawatankuasa eksekutif biasa, beliau memiliki pengaruh luar biasa dari dalam.

"Kebanyakan kami menganggapnya sebagai tulang belakang parti," kata anggota parlimen lain mengenai mesej disampaikan Lim.

Beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa dasar kerajaan mengundang kritikan daripada pimpinan akar umbi DAP terutamanya di kalangan Adunnya..

Misalnya baru-baru ini sekumpulan 140 pemimpin akar umbi DAP, yang diketuai Adun Bilut, Chow Yu Hui, mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Malaysia tahun empat.

Anggota Parlimen Jelutong, Ramkarpal Singh mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana menggelar Dong Zong sebagai pertubuhan rasis, manakala Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu menyatakan kebimbangan terhadap kemunculan semula Mahathirism".

Kenyataan-kenyataan ini mengakibatkan reaksi balas daripada pimpinan Bersatu, manakala rata-rata pemimpin PKR dan Amanah mengambil sikap menjauhi isu tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS