Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan lelaki Indonesia suspek ceroboh kuil di Ipoh
Diterbitkan:  Aug 17, 2019 2:05 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana dipercayai menceroboh sebuah kuil di Ipoh, awal pagi ini, kata Timbalan Ketua Polis Perak Lim Hong Shuan.

Beliau berkata lelaki tersebut ditahan susulan laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Dusun Bertam di Ipoh kira-kira pukul 1.50 pagi tadi selepas 15 patung di rumah ibadat itu dirosakkan.

Katanya bertindak atas maklumat orang ramai, lelaki itu berjaya ditahan pada pukul 4.15 pagi oleh sepasukan polis dengan kerjasama orang awam di kawasan sekitar.

"Polis turut merampas sebatang sepana yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 295, Seksyen 427 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963.

Lim turut menasihati semua pihak supaya supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis.

- Bernama

Lihat Komen
ADS