Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Rakyat Malaysia diminta menggesa wakil rakyat mereka agar menyatakan pendirian berhubung kilang nadir bumi, Lynas di Kuantan, kata Anggota Parlimen Bentong Wong Tack.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perhimpunan anti-Lynas anjuran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) di Taman Gelora, Kuantan hari ini.

"Saya gesa orang ramai untuk memuat turun petisyen yang telah dimuat naik ke laman web Himpunan Hijau, dan anggota parlimen direkodkan secara terperinci sama ada mereka bersama rakyat dalam isu Lynas," katanya kepada media.

Menjawab satu soalan, beliau berkata terdapat keperluan untuk menamakan anggota kabinet yang bersetuju dengan lanjutan lesen operasi selama 6 bulan kepada Lynas baru-baru ini.

"Sudah pasti, jadi (rakyat) tahu siapa anggota parlimen dan menteri (yang masih) bersama rakyat," katanya.

Wong berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk menggerakan rakyat bagi menyuarakan bantahan mereka.

Sementara itu, Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir memberi penjelasan mengapa kerajaan membenarkan Lynas terus beroperasi.

"Ini keputusan yang salah dibuat oleh kabinet.

"Kenapa dia mahu Lynas kekal di sini? Saya tidak tahu, perdana menteri mesti menjelaskan," katanya.

Lihat Komen
ADS