Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Felda di Pekan terputus bekalan air sejak Aidiladha

Penduduk Gugusan Felda Chini di Pekan, Pahang terputus bekalan air sejak 9 Ogos lalu.

Walaupun aduan telah dibuat kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), penduduk berkata tiada maklum balas rasmi diterima dan mereka tidak diberitahu bagaimana situasi itu akan dapat diperbaiki.

Peneroka Felda, Yusof Wahab memberitahu Malaysiakini penduduk tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi.

"Bekalan air telah dipotong sebelum cuti Hari Raya Aidiladha pada 9 Ogos lalu dan masalah ini berterusan sehingga ke hari ini," katanya.

Menurut Yusof, Anggota Parlimen Pekan Najib Razak atau Adun Chini Abu Bakar Harun tidak kelihatan bagi melihat sendiri masalah rakyat.

"Pengurusan dan jabatan air Felda di sini juga telah membiarkan peneroka dalam keadaan yang tidak menentu," katanya.

Sementara itu, Najib dalam catatan Facebook menyalahkan kerajaan persekutuan susulan masalah gangguan air itu dan menuduh PH membalas dendam.

Yusof, yang telah menetap di situ sejak tahun 1984, berkata penduduk tempatan curiga bahawa kegiatan pembalakan menjadi salah satu punca gangguan bekalan air ke kawasan mereka.

Ini bukanlah kali pertama bekalan air ke kawasan itu terjejas pada 2019. Pada bulan Mac, bekalan air terganggu kerana paras air rendah di Loji Rawatan Air Chini.

Pada ketika itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail membuat pengumuman RM12 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan tadahan air baru di kawasan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS