Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Empat pihak lagi dapat surat peguam Zakir Naik
Diterbitkan:  Aug 19, 2019 6:08 AM
Dikemaskini: 8:08 AM

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy pula mendapat surat tuntutan guaman daripada peguam penceramah kontroversi Dr Zakir Naik.

Zakir menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman di mahkamah.

Selain Ramasamy, tuntutan sama turut dikeluarkan kepada anggota parlimen Klang Charles Santiago, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam Satees Muniandy dan bekas duta Dennis J Ignatius.

Tuntutan bertarikh hari ini itu dikeluarkan bagi pihaknya oleh tetuan Akberdin & Co.

Minggu lalu, tuntutan sama dikeluarkan terhadap menteri sumber manusia M Kulasegaran - yang bersedia berdepan Zakir di mahkamah.

Zakir juga memfailkan laporan polis terhadap pihak-pihak itu dengan menggesa siasatan dibuat bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS