Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim: Jika semua rasa terancam, siapa yang buat ancaman sebenarnya?
Diterbitkan:  Aug 20, 2019 12:04 PM
Dikemaskini: 4:04 AM

Rakyat Malaysia perlu keluar dari perangkap syak wasangka, tidak percaya dan takut terhadap mereka yang berbeza kaum dan agama, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

"Setiap komuniti takut etnik dan budaya mereka berdepan ancaman eksistensial.

"Tetapi jika semua komuniti, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, rasa terancam dengan komuniti lain, siapa pula yang membuat ancaman?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga anggota parlimen Iskandar Puteri mencadangkan kempen kesatuan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September nanti.

Katanya, dua sambutan itu akan menjadi lebih bermakna jika semua rakyat Malaysia mengambil tema "saya, anda, kita rakyat Malaysia" (I am, you are, we are Malaysian).

"Terlalu banyak aura negatif di negara ini sepanjang 15 bulan ini, yang menyaksikan kebencian, ketakutan, syak wasangka dan menunjukkan wajah mereka, ekoran Internet yang membolehkan penipuan, kepalsuan, berita palsu dan ucapan kebencian tersebar dengan kelajuan cahaya untuk melaga-lagakan kaum dan agama."

Katanya, masih banyak yang perlu dilakukan - di setiap bidang - untuk Pakatan Harapan (PH) berjaya mewujudkan "Malaysia Baru", dan meningatkan kepentingan lima teras dalam manifesto PH bagi mewujudkan negara yang bersatu, bebas, adil dan berintegriti.

"Malaysia adalah tempat pertembungan empat peradaban hebat - Islam, Cina, India dan Barat. Gunakanlah nilai dan kualiti terbaik daripada empat peradaban hebat ini untuk membina sebuah negara yang hebat," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS