Malaysiakini
BERITA

Polis tahan individu didakwa ugut bunuh ketua pemuda DAP

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Ogs 2019, 6:58 pagi

Polis menahan seorang individu yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How.

Ketua Polis Perak Datuk Razaruddin Husain berkata individu berusia lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan polis yang diterima berhubung dakwaan itu.

"Pihak polis telah menerima laporan dan menahan individu yang dipercayai terlibat dengan ugutan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Lee, yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak dalam kenyataan berkata ancaman tersebut diterima melalui tangkap layar satu kumpulan WhatsApp dan dihantar kepadanya.

Berikutan itu, pegawai Lee membuat laporan polis pada Ahad lepas.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.