JPN: Boleh tukar nama jika dokumen lengkap
Terjemahan Orang Melayu boleh memohon menukar nama dalam MyKad atas alasan telah menukar agama jika mereka mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan, kata seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terjemahan Orang Melayu boleh memohon menukar nama dalam MyKad atas alasan telah menukar agama jika mereka mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan, kata seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"JPN bukan jabatan menentukan seseorang itu murtad atau tidak. Jika pemohon boleh mengemukakan deklarasi Mahkamah Syriah yang mengatakan mereka telah keluar dari Islam, JPN boleh menukar nama mereka, " kata Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor kepada malaysiakini hari ini.
Beliau memberi penjelasan itu bagi mengulas kenyataan bertulis Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad di parlimen semalam yang mendedahkan JPN telah meluluskan permohonan 10 orang Melayu untuk menukar nama dalam MyKad atas alasan telah bertukar agama.
Jainisah yang mendakwa tidak tahu menahu mengenai 10 pertukaran nama yang dimaksudkan itu bagaimanapun menekankan, JPN hanya menjalankan tugas pentadbirannya untuk memeriksa dan meluluskan semua permohonan berdasarkan dokumen yang dikemukakan.
Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Chai Ho pula percaya permohonan dari orang Melayu itu mungkin datang dari mereka yang dilahirkan sebagai Islam tetapi tidak pernah mengamalkan kepercayaan agama itu, umpamanya kes Nyonya Tahir di Negeri Sembilan tidak lama dulu.
Nyonya Tahir, 89, wanita berbangsa Melayu yang meninggal dunia dua bulan lalu diisytiharkan oleh Mahkamah Syariah tidak mengamalkan agama dan cara hidup Islam setelah dibuktikan bahawa dia mengamalkan agama Buddha, memakan bagi dan berkahwin dengan lelaki China yang tidak pernah memeluk Islam.
Radzi dalam jawapannya kepada soalan bertulis Teresa Kok (DAP-Seputeh), telah mendedahkan terdapat 100 pemohonan diterima dari orang Melayu untuk menukar nama atas alasan bertukar agama sepanjang tahun 2001 hingga 2005.
Katanya, hanya 10 peratus daripada permohonan itu diluluskan.
Menurut beliau, 9,788 orang telah memohon untuk menukar nama sepanjang tmpoh berkenaan dengan 7,443 diluluskan.
Daripada jumlah itu, 1,436 permohonan diterima dari kaum Cina dengan 75.5 peratus diluluskan, 0.8 peratus ditolak dan 23 peratus lagi sedang diselidiki.
Sebanyak 1,509 permohonan diterima dari kaum India dengan 51.3 peratus diluluskan 2.9 peratus ditolak dan 45.8 peratus sedang diselidiki.
Dari kaum-kaum lain, 6,743 permohonan diterima dengan 82.7 peratus diluluskan, 0.7 peratus ditolak dan 16.6 peratus sedang diselidiki. Berita asal

