Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kecualikan IGP dari siasatan IPCMC bercanggah perlembagaan'

Naib Presiden Badan Peguam Malaysia, Roger Chan berpendapat pengecualian Ketua Polis Negara daripada disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah bercanggah dengan perlembagaan.

"Ia melanggar prinsip kesamarataan di bawah Perkara 8 Perlembagaan (Persekutuan).

"[...] Mengapa undang-undang ini tidak memasukkan Ketua Polis Negara? Dan yang lebih penting, mengapa dia diberi kuasa untuk menghakimi rakan-rakannya?" Soal Chan dalam sidang media selepas mempengerusikan perbincangan mengenai rang undang-undang IPCMC di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Badan Peguam, Andrew Khoo percaya peruntukan pengecualian itu bercanggah perlembagaan jika RUU itu diluluskan dalam bentuknya sekarang.

Dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sesi parlimen lepas, Fasal 31 (4) RUU itu menyatakan bahawa sebarang aduan mengenai ketua polis negara akan didengar oleh lembaga disiplin khas yang ditubuhkan ketua setiausaha negara dan bukan IPCMC.

Sementara itu, salah laku semua anggota polis yang lain adalah tertakluk oleh pemerhatian suruhanjaya itu.

Perkara 8 Perlembagaan memutuskan semua individu adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

Ia juga mengharamkan sebarang diskriminasi di bawah undang-undang walaupun individu itu "bekerja di bawah sesuatu pihak berkuasa awam".     

[Baca berita penuh]         

Lihat Komen
ADS