Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Johor perlu anjur sidang alam sekitar, kata Kit Siang
Diterbitkan:  Aug 27, 2019 4:43 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Tiga kejadian bencana alam yang berlaku di Johor dalam tempoh lima bulan tahun ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri dan pusat, kata Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim berkata, tiba masa untuk semua pihak memberikan keutamaan kepada isu alam sekitar.

Untuk itu, kata Lim, beliau mencadangkan kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, untuk menganjurkan persidangan isu-isu alam sekitar di Johor.

Katanya, persidangan itu boleh dianjurkan dengan kerjasama kerajaan persekutuan.

"Masanya telah tiba untuk alam sekitar di Johor diberi keutamaan dan atas sebab ini, saya telah memberitahu kepada Tan untuk mencadangkan penganjuran bersama persidangan isu alam sekitar untuk mengetengahkan isu-isu di Johor dan membuka jalan untuk menyediakan rancangan menjaga kualiti alam sekitar di negeri Johor," katanya.

Johor menarik perhatian ramai dalam tempoh beberapa bulan tahun ini, dimulai dengan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim pada Mac, diikuti dengan pencemaran udara di Pasir Gudang (Jun) serta kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan seluas 16 hektar di Iskandar Puteri.

Ketiga-tiga bencana itu menjejaskan kehidupan ramai orang awam, termasuk kanak-kanak sekolah.

Lihat Komen
ADS