Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Rombakan kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed.

"Itu hak prerogatif perdana menteri, saya tidak mahu ulas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan panel di Forum Ekonomi Negara 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika diajukan soalan mengenai portfolio yang difikirkannya akan ditukar dan sama ada dirinya akan menyertai kabinet.

Khamis lalu, Mahathir mengesahkan bahawa tidak ada rombakan kabinet dalam masa terdekat ini seperti yang spekulasikan yang dibuat oleh beberapa pihak, khususnya, media tempatan.

Sebaliknya, kata beliau, perbincangan hanya membabitkan pertukaran portfolio beberapa menteri.

Perdana menteri turut menolak spekulasi bahawa Mustapa bekas pemimpin kanan Umno akan menganggotai kabinet.

“Tak ada. Tak ada rombakan (kabinet). Tak ada menteri baru,” katanya.

Mustapa juga enggan mengulas tentang keputusan Umno dan PAS yang bakal memeterai satu piagam ataupun perjanjian kerjasama yang dijadualkan berlangsung 14 Sept nanti, di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

"(Simpan itu untuk) hari lain la," katanya.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam selepas pertemuan dengan Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Kajang, pagi semalam berkata presiden PAS itu menjadikan dunia sebagai tempat lebih baik.

Selepas perseteruan politik sengit berdekad lamanya, Umno dan PAS bersetuju mengketepikan perbezaan mereka selepas pilihan raya umum yang lalu dan membentuk satu pakatan yang terbukti berjaya dalam tiga pilihan raya kecil - Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Ketika ini, Umno dan BN mempunyai 40 kerusi Parlimen dan PAS pula sebanyak 18 kerusi.

Kali terakhir PAS dan Umno bekerjasama adalah pada 1970-an apabila parti Islam itu menyertai kerajaan BN pada tahun 1972 sebelum menarik diri lima tahun kemudian.

Lihat Komen
ADS