Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri: K'jaan rancang bina rumah mampu milik sesuai untuk Orang Asli

Kerajaan sedang menimbang untuk membina rumah mampu milik untuk Orang Asli yang bersesuaian dengan komuniti itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Beliau yang memegang portfolio perpaduan dan kesejahteraan sosial itu berkata, kerajaan merancang untuk memulakan projek perintis akhir tahun ini.

Menjanjikan tiada "rumah batu", beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) untuk membina rumah-rumah tersebut.

"Kami juga merancang pelang untuk membina rumah mampu milik untuk mereka (Orang Asli), rumah yang mengikut keperluan mereka.

"...Hakikatnya mereka tidak percaya dengan kediaman rumah batu tetapi kita selama ini membina rumah batu untuk mereka. Dan mereka tidak tinggal di sana, keluar dan bina (rumah) lain. Jadi tiada makna bina rumah batu jika mereka tidak menggunakannya.

"Jadi kami bekerjasama dengan PAM. Kami telah beri beberapa idea dan pelan dan kami membincangkannya di peringkat jabatan," katanya ketika sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Katanya lagi, projek perintis akan bermula sebaik selepas proses dan hal-hal rasmi selesai.

"Kami mensasarkan untuk membinanya sebelum akhir tahun," katanya tetapi enggan menjelaskan lokasi pertama projek itu.

Katanya lagi, rumah itu juga akan dibina di kawasan Orang Asli dan bukannya di kawasan bandar.

Pada Disember lalu, PAM mengadakan pertandingan untuk mereka "rumah tropika untuk Orang Asli".

Penyertaan yang terpilih kemudian dipamerkan di Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2019 pada Jun lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS