Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Apa yang Malaysiakini sediakan untuk anda November ini

Sudah 20 tahun berlalu sejak Malaysiakini melalui perjalanan berliku dalam menyediakan “berita dan pandangan yang penting” (news and views that matter) kepada rakyat Malaysia.

Malaysiakini bermula pada 20 November 1999. Sejak itu, Malaysiakini membuat liputan untuk lima pilihan raya umum, pilihan raya kecil yang tak terkira dan menyaksikan penahanan tiga wartawannya.

Portal ini pernah berhadapan dengan serangan siber, wartawannya pernah dihalau dari sidang akhbar dan pejabatnya diserbu polis sekurang-kurangnya lima kali.

Walaupun begitu, Malaysiakini tetap teguh dalam komitmennya terhadap kebebasan media, hak asasi manusia dan antirasuah, serta yang berkaitan dengannya.

Untuk meraikan kejayaan ini dengan pelanggan setia dan pembaca, Malaysiakini akan menganjurkan dua acara pada bulan November - pertandingan pencarian harta karun pada 2 Nov dan majlis makan malam gala pada 23 Nov.

Pertandingan pencarian harta karun ‘Mencari Kebenaran' memerlukan peserta yang terdiri daripada dua hingga empat kumpulan mengembara dengan kereta dari Petaling Jaya ke Pulau Pinang.

Pencarian itu akan bermula di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya dan memulakan perjalanan 350km ke Pulau Pinang, dengan perhentian di beberapa bandar sepanjang jalan tersebut.

“Pencarian ini berbeza dari pencarian harta karun lain. Walaupun ia mengandungi pecahan kod seperti yang lazim dilakukan, ia juga akan membawa peserta melalui perjalanan yang bersejarah,” kata Premesh Chandran, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Malaysiakini.

Peserta akan bertolak dari pejabat @KINI pada awal pagi dan akan membongkar misteri dan menemui penemuan yang tersembungi di sehingga ke utara.

Pencarian harta karun ini terbuka untuk orang ramai. Terdapat had untuk berapa banyak kenderaan yang boleh menyertainya, jadi berikan bersama pasukan anda dan daftarkannya di sini.

Majlis makan malam gala

Sementara itu, majlis makan malam gala ulang tahun ke-20 pula, akan diadakan di Hotel Pullman di Bangsar pada 23 Nov.

Majlis makan malam gabungan gaya hidang dan bufet itu akan menampilkan persembahan muzik dan komedi, dan diikuti dengan program yang lain.

"Selain daripada makanan dan hiburan yang menarik, akan terdapat ruang bagi peserta untuk beramah-mesra dan berkenalan antara satu sama lain," kata ketua pengarah dan ketua pengarang Steven Gan.

“Ini kesempatan bagi kami untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana menyokong Malaysiakini sewaktu susah dan senang, dan kerana percaya pada usaha kami untuk menyampaikan kebenaran dan memantau mereka yang berkuasa sejak dua dekad yang lalu,” katanya.

Sama seperti pencarian harta karun, majlis makan malam gala ini dibuka kepada orang ramai, dan juga tempat duduk terhad. Anda boleh menempah tiket di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua acara ini, sila lawati halaman Malaysiakini ini. Ia akan dikemas kini secara berkala dengan maklumat tambahan pada minggu yang akan datang.

Lihat Komen
ADS