Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pendaftaran Dong Zong Johor terbatal bukan kes terpencil'

Menteri Dalam Negeri memaklumkan pembatalan pendaftaran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Johor adalah suatu perkara biasa dan bukan kes terpencil.

"Saya dapati kes ini bukan isolated (terpencil).

"Ada beberapa persatuan yang terbatal merayu kepada menteri. Ini salah satu daripada kes-kes tersebut. Perkara biasa (pendaftaran persatuan terbatal).

"Mereka boleh mengemukakan rayuan rasmi yang hari ini dihantar kepad saya, dan diserah pada ROS untuk dipertimbang," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Terdahulu, Muhyiddin bertemu empat orang wakil persatuan itu kira-kira selama setengah jam.

Mereka ialah pengerusi persatuan, Tan Tay Kim yang juga pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) serta naib pengerusinya, Yang Yin Chong, anggota jawatankuasa pusat Low Chee Chong dan peguam mereka KF Wong.

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Masyati Abang Ibrahim turut hadir pertemuan pada hari ini.

Muhyiddin menegaskan persatuan berkenaan perlu mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Pertubuhan 1966 bagi menyelesaikan isu berkaitan.

ROS telah menyerahkan surat pembatalan pendaftaran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Johor pada 8 Ogos lalu.

Pendaftaran Dong Zong Johor itu dilaporkan telah dibatalkan selepas ia dikatakan gagal memberi penjelasan kepada ROS berhubung beberapa pindaan terhadap perlembagaan persatuan itu berkaitan penglibatan guru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS