Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mugabe meninggal dunia
Diterbitkan:  Sep 6, 2019 1:53 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

GLOBAL | Pemimpin diktaktor Zimbabwe Robert Mugabe disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun, selepas bertarung nyawa atas faktor kesihatan.

Kematian diktaktor tertua yang telah memerintah Zimbabwe sejak 1980 sehingga 2017 itu disahkan oleh ahli keluarganya, lapor BBC.

Pada masa sama, setiausaha pendidikan Zimbabwe Fadzayi Mahere turut menulis ucapan takziah atas kematian Mugabe di Twitter beliau. 

“Bersemadilah dengan aman, Robert Mugabe),” ciapnya.

Pada April lalu, dilaporkan bahawa Mugabe dimasukkan ke hospital di Singapura. Bagaimanapun, penyakit yang dihadapinya itu tidak didedahkan.

Namun, pada November 2018, difahamkan bahawa Mugabe sudah tidak mampu berjalan atas faktor kesihatan yang merosot dan usia tua.

Bekas presiden Zimbabwe itu, sebelum ini dikecam hebat kerana digelar sebagai pemerintah kuku besi yang memusnahkan ekonomi Zimbabwe.

Pemerintahannya berakhir pada November 2017 selepas lebih tiga dekad berkuasa susulan rampasan kuasa tentera di negara itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS