Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO mohon Sultan Selangor nasihat kerajaan pecat Azmin
Diterbitkan:  Sep 6, 2019 9:55 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

Dua pertubuhan bukan kerajaan hari ini mengadukan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, kepada Sultan Selangor dengan harapan baginda menasihati kerajaan PH agar melucutkan jawatan tersebut.

Sebelum itu Pertubuhan Bangkit dan Gabungan Gerak Padu Selangor menghantar laporan forensik mengenai klip video atas ranjang yang didakwa sesetengah pihak membabitkan Azmin.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR bagaimanapun menafikan beliau terlibat dan mendakwa tuduhan tersebut adalah konspirasi pihak tertentu untuk membunuh kerjaya politiknya.

Presiden Bangkit, Shahrin Azlan, berkata mereka menyerahkan laporan forensik tersebut kepada Sultan Sultan Sharafudin Idris Shah disebabkan Azmin adalah wakil rakyat dari Selangor.

“Rakyat khususnya di Selangor kecewa dan terkilan kerana tiada sebarang tindakan walaupun laporan forensik ini telah diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri minggu lalu," katanya seperti dipetik Umno Online hari ini.

Shahrin menambah, dakwaan yang dikaitkan dengan Azmin itu bukanlah isu kecil sebaliknya membabitkan integriti negara serta wibawa seorang wakil rakyat.

Membangkitkan persoalan sama ada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak mengendahkan isu berkenaan, Shahrin berkata, tindakan mengetepikan Azmin daripada kabinet perlu diambil segera kerana imej Malaysia sedang dipersenda oleh negara luar.

Kes sedang disiasat

Terdahulu Shahrin menyerahkan laporan berkenaan kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Munir Bani, di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dihubungi Malaysiakini kemudian, Shahrin berkata laporan itu diperolehi daripada sebuah badan berpangkalan di Birmingham, Verden Forensics, yang diupah anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam.

Sebelum ini Lokman juga mengupah pakar Indonesia untuk menganalisis klip video yang didakwa memaparkan aksi asmara dua lelaki dengan salah satunya didakwa Azmin.

Seorang lagi lelaki ialah bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Kes itu sedang disiasat polis mengikut Seksyen 377B dan 292 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu Shahrin juga mengkritik Peguam Negara Tommy Thomas yang didakwanya gagal bertindak membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Adakah peguam negara takut untuk mengambil tindakan?

"Inikah kerajaan baru yang dikatakan bersih tetapi mengamalkan rule of jungle (undang-undang rimba)?” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS