Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Program Zakir Naik bersama bekas KM Melaka batal - Rafiq

Dr Zakir Naik dinasihatkan pihak polis tidak meneruskan rancangan menghadiri majlis santai bersama bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron yang dijadualkan berlangsung malam ini atas faktor keselamatan.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, hal itu dimaklumkan sendiri oleh Zakir Naik kepadanya.

Program itu sepatutnya berlangsung di rumah Idris Haron selepas selesai masjlis di Masjid Cina Krubong malam ini.

"Saya difahamkan oleh Dr Zakir Naik, pada peringkat awal Idris Haron jemput beliau secara peribadi ke rumahnya, jadi beliau pun bersetujulah.

"Bila poster program diwarwalkan, ada pendapat daripada timbalan ketua cawangan khas Melaka tadi supaya Zakir Naik tidak pergi kerana persiapan keselamatan tidak diadakan awal.

"Jadi, akhirnya setakat yang saya tahu, Zakir Naik kata beliau tidak pergi ke rumah Idris Haron dan beliau jemput Idris dan rakan-rakannya hadir ke Hotel Muzaffar untuk makan malam bersama beliau," katanya pada sidang media selepas majlis solat berjemaah bersama pendakwah itu.

Bagaimanapun, Rafiq menjelaskan pembatalan itu bukan berunsur politik dan tidak ada kena mengena dengan program anjurannya, "Malam Islam bersatu bersama Dr Zakir Naik."

"Saya pun telefon Idris Haron tadi, saya bagi tahu, janganlah beliau beranggapan yang negatif kepada saya kerana saya memang tidak ada niat untuk apa-apa yg negatif.

"Saya berfikiran positif.

"Saya rasa, tak perlu memanjangkan dan mempolitikkan (isu itu). Kita terima saja nasihat polis," katanya lagi.

Dalam satu poster yang tersebar tadi, program Santai Bersama Dr Zakir Naik itu dijadualkan berlangsung jam 9.30 malam di depan rumah Idris di Klebang.

Poster itu menjemput orang ramai datang ke program tersebut: "Datanglah beramai-ramai. Jumpa di sana".

Lihat Komen
ADS