Polis siasat laporan ugutan bunuh wartawan
Diterbitkan: Sep 10, 2019 8:57 AM
Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan Berita Harian yang mendakwa beliau diugut bunuh menerusi emel baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wartawan berkenaan semalam.
“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan tersebut.
“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,” katanya.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.