Sebanyak 18 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat manakala tidak ada kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Laman web Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kawasan dengan IPU tertinggi setakat ini adalah Rompin (194) diikuti Sri Aman (190) dan Batu Muda (162).

Kuching dan Samarahan yang mencatatkan IPU sangat tidak sihat (di atas 200) semalam hari ini dilihat sedikit pulih apabila masing-masing mencatatkan IPU 142 dan 120.

Kawasan lain yang masih mencatatkan IPU tidak sihat adalah Johan Setia Klang (161); Cheras (155); Nilai (148); Petaling Jaya (144); Putrajaya (142); Shah Alam (134); Banting (123); Seremban (119); Klang(118); Tangkak (113); Bukit Rambai (104); Alor Gajah (103) dan Port Dickson (103).

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini.