Karikatur persenda Nabi: RTM bertindak terhadap pegawainya
Kementerian Penerangan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai yang terlibat dalam penyiaran karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW dalam buletin berita televisyen RTM.
Kementerian Penerangan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai yang terlibat dalam penyiaran karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW dalam buletin berita televisyen RTM.
"Tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah menyiarkan karikatur berkenaan," kata Menteri berkenaan, Datuk Zainuddin Maidin.
Menurutnya, Kementerian Penerangan amat kesal dengan penyiaran karikatur yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia itu.
Karikatur berkenaan pertama kali disiarkan oleh sebuah akhbar Denmark September tahun lalu tetapi diulangsiar oleh akhbar Barat pada awal tahun ini hingga membangkitkan banthan umat Islam di merata dunia.
Klip video yang mengandungi karikatur berkenaan disirakan dalam buletin Mandarin di TV2 dan Warta Pagi TV1 pada 3 Februari lalu.
"Kementerian Penerangan sendiri kesal atas penyiaran yang berlaku kerana 'gatekeepers' atau video editor terlepas pandang aspek sensitif klip berita atau 'footage visual' yang pantas dan tangkas.
"Ini tidak sama dengan still foto yang mudah dilihat dan dipilih untuk penyiaran akhbar atau majalah," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agung, di Dewan Rakyat.
Menurut laporan Bernama, Zainuddin berkata Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa penyiaran oleh RTM itu tidak tertakluk mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

