Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laman web Bersih di bawah serangan siber
Diterbitkan:  Sep 17, 2019 4:51 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih mendakwa laman webnya mengalami serangan penafian perkhidmatan teredar atau ‘denial-of-service’ (DdoS),

"Laman web kami sudah dipulihkan dan sedang berusaha untuk menggagalkan serangan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pelayan kami menerima lebih 460 juta permintaan dalam beberapa hari lalu. Lima serangan utama adalah dari Indonesia, Rusia, Thailand, China dan India tetapi sukar untuk asal pencetus serangan ini.

"Apa yang jelas ialah ini adalah serangan bersepadu dan kemungkinan usaha dibiayai dengan baik untuk meranapkan laman web kami," katanya.

Bersih berkata mereka tidak tahu siapa dalang di sebalik serangan itu.

Kenyataan terakhir di laman web www.bersih.org sebelum serangan siber itu adalah mengenai Hong Kong.

Dalam kenyataan itu, Bersih menjelaskan kedudukannya mengenai protes di Hong Kong.

Kumpulan reformasi pilihan raya itu mendesak pembebasan para aktivis pro-demokrasi yang ditangkap di Hong Kong. Ia juga menggesa kerajaan Hong Kong untuk mendengar tuntutan penunjuk perasaan.

Bersih, yang telah menganjurkan perhimpunan aman di Malaysia, berkata ia menyokong hak untuk berhimpun secara aman tetapi menyatakan kebimbangan mengenai keganasan yang dilakukan oleh polis dan penunjuk perasaan radikal di Hong Kong.

Bersih berkata ia akan terus mengeluarkan kenyataan di laman webnya dan akan beralih kepada Facebook sebagai alternatif jika laman webnya tidak dapat diakses.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS