Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 yang dijadualkan esok iaitu pada 19 September di Dataran Pahlawan Negara di Kuala Lumpur ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, acara-acara lain seperti Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 diteruskan mengikut jadual.
"Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 yang telah ditetapkan pada Khamis, 19 September 2019 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya ditangguhkan," kata kenyataan itu.
Setakat jam 1 petang hari ini, IPU di Putrajaya mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat iaitu 200.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.