Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan agenda Kristianisasi: Timbalan menteri jawab PAS

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan dalam portal Malaysiakini pada 18 September 2019, bertajuk "Polis perlu siasat forum Naratif Malaysia Baru".

Pada 14 September 2019, saya telah dijemput untuk berucap di sebuah forum yang bertajuk, "Anak Malaysia? Our story of past, present and future Malaysia".

Forum tersebut berlangsung dalam gereja untuk orang Kristian dengan tujuan untuk membincangkan tentang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Dalam ucapan saya, saya telah mengetengahkan nilai-nilai dalam Bible sebagai panduan menjadi warganegara Malaysia yang baik, contohnya, keadilan, ketelusan, membantu golongan yang lemah dan miskin, menolak rasuah, penindasan dan perkauman.

Saya tidak mengkritik atau menyentuh mana-mana agama, malah mengajak penganut Kristian di Malaysia untuk menjadi warganegara yang mengamalkan nilai-nilai tersebut.

Justeru, saya menyeru Tuan Ibrahim Tuan Man agar menghormati kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan berhenti menabur kebencian serta perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Steven Sim Chee Keong adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS