Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amanah arah pemilihan semula di 655 cawangan, 81 kawasan

Amanah pusat mengarahkan sebanyak 655 cawangan dan 81 kawasan termasuk sayap pemuda dan wanita terpaksa mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan semula selepas mesyuarat yang dijalankan sebelum ini tidak sah, kata sumber.

Terdahulu, konvensyen Amanah peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Oktober depan terpaksa ditunda ke tarikh baru pada November nanti.

Ia berikutan berlaku masalah teknikal melibatkan mesyuarat tahunan Amanah cawangan, kawasan dan sayap-sayap tertentu di seluruh Malaysia terbatal.

Jelas sumber, keadaan itu menyebabkan konvensyen Amanah negeri turut ditangguh dan arahan supaya diadakan pemilihan semula bagi cawangan dan kawasan terjejas itu sudah dikeluarkan oleh Amanah pusat.

"Isunya berpunca daripada kelemahan daripada Ibu Pejabat Amanah pusat yang tidak meneliti atau menyerahkan minit-minit mesyuarat daripada pelbagai peringkat itu kepada pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Apabila mesyuarat peringkat cawangan atau sayap-sayap tidak sah, ia turut memberi kesan di peringkat kawasan," kata sumber ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat ketika dihubungi meminta supaya perkara itu dirujuk kepada Setiuasaha Agong Amanah, Anuar Tahir.

Bagaimanapun Anuar yang juga timbalan menteri kerja raya setakat ini gagal dihubungi.

Dalam perkembangan sama, Malaysiakini difahamkan sebanyak 112 cawangan dan 11 kawasan Amanah Kelantan antara yang diarah supaya mengadakan mesyuarat dan pemilihan semula.

Lihat Komen
ADS