Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Malaysia, S'pura tingkat penglibatan dengan Asia Tenggara

Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuh hubungan dua hala selain mempertingkat usaha libat urus dengan rantau Asia Tenggara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

“Kita yakin dapat memanfaatkan potensi ekonomi Asean secara bersama,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya hari ini, bersempena lawatan kerjanya selama dua hari ke republik itu.

Pada ciapan sama, Azmin turut menyertakan gambar beliau bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat yang menjadi hos pada majlis makan tengah hari di Singapore Botanic Garden.

“Kita telah mengadakan perbincangan yang produktif serta berpotensi mengenai cara untuk mencatat kemajuan di masa depan,” katanya.

Mohamed Azmin turut berkongsi penghargaannya di atas penglibatan dan pertukaran pendapat menarik dengan Heng yang disifatkannya sebagai “penuh bersemangat dan idea bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.”

“(Lebih-lebih lagi) kita adalah jiran terdekat di antara satu sama lain. Adalah menakjubkan bagaimana pertemuan secara santai adakalanya dapat mencetuskan libat urus produktif jika perhubungan itu berteraskan rasa saling percaya dan pemahaman bersama,” katanya.

Azmin tiba di Singapura pada Sabtu.

Terdahulu pada 19 September lepas, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkata dalam lawatan kerja itu, Azmin akan menemui anggota kanan kerajaan Singapura bagi memperkukuh hubungan dua hala.

Beliau juga dijadual menemui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri republik itu, Chan Chun Sing di luar acara Formula Satu (F1) Grand Prix Singapore Airlines Singapura 2019.

-Bernama

Lihat Komen
ADS