Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak berdiri ketika Negaraku, kalau depan polis boleh ditangkap

Pihak polis mengingatkan tidak berdiri hormat ketika lagu Negaraku berkumandang adalah satu kesalahan bawah Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid mengulas isu tular berkenaan beberapa individu yang tidak berdiri ketika lagu kebangsaan dinyanyikan di Sarawak.

“Setakat ini belum ada laporan dibuat, bagaimanapun memang jadi satu kesalahan dibawah Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Kalau ia dilakukan di hadapan anggota polis, tangkapan boleh dibuat,” katanya.

Akta tersebut menjelaskan individu yang menunjukkan sikap tidak hormat terhadap lagu kebangsaan boleh didenda tidak melebihi RM100 atau dipenjarakan tidak melebihi satu bulan.

Katanya lagi, pihak polis masih belum mendapat laporan dan jika diterima, tindakan undang-undang boleh dikenakan.

“Oleh kerana benda ini tular, tetapi setakat ini belum ada laporan yang diterima.

“Kalau ada laporan diterima, mungkin boleh diambil tindakan bawah undang-undang berkenaan,” katanya.

Lihat Komen
ADS