Malaysiakini BERITA

Polis: Akaun ‘Tengku Raja Alam Shah’ palsu, fitnah JPN

Ramieza Wahid

Diterbitkan

Pihak polis masih menyiasat dakwaan di media sosial bahawa 200,000 penerima sijil kewarganegaraan baru berikrar untuk membalas budi kerajaan.

Siasatan setakat ini mendapati akaun Twitter dan Facebook yang digunakan adalah palsu dan bertujuan bertujuan memfitnah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Setakat ini siasatan awal, kita yakin akaun ini palsu dan wujud hanya untuk fitnah JPN,” kata Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid.

Penyebar maklumat itu menggunakan akaun atas nama "Tengku Raja Alam Shah".

Pada 29 September lalu, JPN membuat laporan polis berkaitan dakwaan itu.

Kata JPN, jumlah individu yang dinyatakan dalam dakwaan itu adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak munasabah.

Menurut jabatan itu, proses mendapatkan taraf kewarganegaraan amat rumit serta memerlukan penelitian dan prosedur yang ketat daripada pelbagai aspek.