Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi PKR Johor dipanggil turun PJ, bincang ketua baru
Diterbitkan:  Sep 30, 2019 1:14 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini memanggil mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin PKR Johor di Petaling Jaya.

Pengerusi baru negeri itu dijangka diputuskan dalam mesyuarat itu.

Mesyuarat itu akan melibatkan ketua-ketua dari 26 bahagian serta wakil rakyat, lapor Malay Mail Online.

Jawatan itu tidak disandang oleh sesiapa sejak ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim meletak jawatan pada pertengahan Julai.

Menurut sumber, mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 2 petang itu adalah wajib dan hadirin telah dimaklumkan oleh Setiausaha PKR Johor, Naim Jusri, semalam.

Sumber menyatakan mesyuarat itu dijalankan di kediaman persendirian di Bukit Gasing dan bukannya di ibu pejabat PKR di Merchant Square.

Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dan Adun Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse kemungkinan bakal menggantikan Hassan.

Difahamkan bahawa pelantikan ketua negeri yang baru tepat pada masanya dari segi pilihan raya kecil untuk kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor tidak lama lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS