Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Ibrahim pengerusi baru PKR Johor
Diterbitkan:  Sep 30, 2019 11:11 PM
Dikemaskini: 3:12 PM

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai pengerusi PKR Johor baru, bagi menggantikan Hassan Karim yang meletakkan jawatan.

Anwar berkata, Syed Ibrahim dipilih melalui undian di kalangan ketua cabang PKR Johor dalam satu mesyuarat hari ini.

"Satu mesyuarat bersama semua ketua cabang PKR Johor telah diadakan petang tadi bagi memuktamadkan proses pelantikan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baru.

"Proses undi telah diadakan dan keputusan yang dicapai memperlihatkan majoriti ketua cabang melantik Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Nih sebagai pengerusi," katanya dalam kenyataan.

Pada Disember tahun 2018, Hassan menolak pelantikannya sebagai pengerusi PKR Johor kerana berkata terdapat pihak yang mempertikaikan pelantikannya, selain menggesa pemilihan pengerusi baru "dipilih secara lebih demokratik dan telus".

Beliau bagaimanapun kembali menggalas tugas tersebut.

Namun beliau meletakkan jawatan secara rasmi pada Julai lalu, dan menyatakan antara sebab keputusannya itu kerana tidak sefahaman dengan istana Johor dan tidak mahu menjadi beban kepada parti.

Pemilihan Syed Ibrahim itu dibuat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang akan diadakan tidak lama lagi.

Lihat Komen
ADS