Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar setuju isu kemiskinan orang Melayu harus diberi perhatian

Anwar Ibrahim bersetuju dengan isu kemiskinan yang dibangkitkan dalam Kongres Maruah Melayu harus diberi perhatian secara serius.

Presiden PKR itu berkata kerana orang Melayu masih lagi merasakan diri mereka terabai dan perlukan perhatian.

"Sudah tentu itu menjadi kebimbangan bahawa sesiapa yang mahu membawa pandangan mereka, kita boleh pertimbangkan.

"Saya terus memberi tumpuan kepada isu tadbir urus dan etika. Isu endemik rasuah dan pembaziran berbilion kekayaan bumi dan kekayaan negara.

"Ini adalah kebimbangan utama saya. Perkara kedua, adalah isu kemiskinan dan ketidaksamaan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Shah Alam, antara lain menyentuh soal isu ekonomi orang Melayu dan Bumiputera masih lagi ketinggalan.

Kongres Maruah Melayu

Resolusi turut dikemukakan supaya kerajaan terus memberi tumpuan kepada agenda membangunkan ekonomi Melayu, Bumiputera.

Malah, melalui Dasar Ekonomi Baru, orang Melayu masih lagu gagal menguasai 30 peratus daripada kekayaan ekonomi negara.

Pada sesi Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut membangkitkan isu kemiskinan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung laporan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kadar kemiskinan negara yang kian meruncing.

Anwar berkata, kerajaan mesti telus dalam isu kemiskinan bagi memastikan sebahagian besar Bumiputera, Sabah dan Sarawak tidak terpinggir.

Bagaimanapun katanya, isu kemiskinan ini tidak harus dilihat berasaskan perkauman kerana poket kemiskinan juga mempengaruhi komuniti Cina di bandar atau India terutamanya di estet.

"Ada kawasan India seperti di estet yang mesti diberi perhatian dan juga miskin bandar, di pinggir bandar dalam kalangan masyarakat Cina dan Sabah, Sarawak.

Lihat Komen
ADS