Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota bomba kongsi kisah selamatkan kanak-kanak cuba terjun bangunan
Diterbitkan:  Oct 7, 2019 11:41 PM
Dikemaskini: 3:41 PM

Pengalaman menjaga dan mengendalikan anak buah seramai enam orang turut menjadi asas kepada seorang anggota bomba ketika menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang cuba terjun bangunan dalam satu kejadian di Larkin, petang semalam.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Larkin Ismarul Nizam Isnin, 30, tampil sebagai “hero” setelah video dia memujuk mangsa menjadi viral dalam media sosial sejak semalam.

Menyifatkan ini bukan kes pertama yang melibatkan mangsa cuba terjun bangunan, beliau tidak menafikan perasaan sedikit cemas dan mendebarkan bila mengetahui mangsa cuma seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

“Kalau kes melibatkan kanak-kanak, ini adalah kes pertama, kalau dewasa sudah dua tiga kali. Masa dapat panggilan, memang tidak tahu sama ada kes ni melibatkan kanak-kanak atau dewasa.

"Lagipun, kejadian berlaku sebelah balai, dari bawah sudah nampak ada mangsa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, sebentar tadi.

Apabila sampai di tingkat 20 flat berkenaan, Ismarul mendapati ada dua anggota polis cuba memujuk mangsa.

“Apabila tidak berjaya, saya menawarkan diri untuk cuba memujuk kanak-kanak itu. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu berjaya. Kaedah yang saya gunakan berlainan daripada pujuk orang dewasa,” kata beliau.

Tempoh memujuk 15 minit sekaligus menjadi penyelamat kepada kanak-kanak itu yang akhirnya keluar dari belebas tingkap setelah dipujuk.

Dipercayai kanak-kanak itu bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan ibunya dipercayai melibatkan isu telefon.

Pasukan bomba dan penyelamat menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 4.01 petang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS