Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir tolak pelawaan bentuk kerajaan bersama Umno, PAS

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS.

Beliau berkata, sebagai negara berbilang kaum kerajaan yang dibentuk harus merangkumi masyarakat majmuk dan tidak hanya terdiri daripada kaum tertentu semata-mata.

"Kita tidak minat untuk membuat kerajaan baru. Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum dan pihak kerajaan daripada kita merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli yang terdiri daripada semua kaum.

"Itu sesuatu hakikat yang kita tidak boleh tolak bahawa negara kita adalah negara berbilang kaum dan semua kaum mempunyai hak dalam negara kita," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Mohamad mempelawa Dr Mahathir menubuhkan sebuah kerajaan baru sekiranya perdana menteri benar-benar ikhlas mahu memulihkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.


Mohamad berkata kerajaan baru itu boleh ditubuhkan dengan kerjasama BN, PAS serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Lihat Komen
ADS