Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Harap peminat Utusan beli Harakah lepas ini’

Susulan penutupan operasi akhbar Utusan Malaysia, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah turut menyatakan rasa simpati dan sedih terhadap nasib yang menimpa kakitangan syarikat itu.

"Ya saya simpati, cuma kita harap peminat Utusan beli Harakah lepas ini," katanya dengan nada berseloroh ketika ditemui media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan akhbar bahasa Melayu tertua negara itu akan menghentikan operasinya bermula hari ini.

Satu lagi akhbar terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Kosmo! turut ditimpa nasib yang sama.

Perkara itu dimaklumkan oleh satu memo dalaman bertarikh 9 Oktober 2019.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, Utusan Malaysia mempunyai sejarah panjang yang mewakili suara orang Melayu.

"Jadi kita rasa simpati dan sedih apabila terpaksa ditutup operasinya. Tetapi saya nak komen banyak pun sebab ini benda perniagaan," katanya.

Ditanya kemungkinan Harakah akan meluaskan liputannya kepada lebih umum, Mohd Amar berkata lidah rasmi PAS itu akan cuba pelbagaikan laporan berita.

"Harakah memang akhbar parti, bukan macam Malaysiakini. Memang kita cuba pelbagaikan berita tetapi lesen kita hanya untuk warga parti.

"Tujuan utama lebih kepada aktiviti parti, kalau boleh kita nak Harakah sumber utama kepada parti. Orang tak perlu rujuk ke lain.

"Itu yang utama, selepas itu kita cuba perluaskan dengan isu-isu nasional dan antarabangsa," kata Mohd Amar.

Lihat Komen
ADS