Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
3 pacuan 4 roda lesap dilarikan perompak
Diterbitkan:  Oct 10, 2019 9:19 AM
Dikemaskini: 1:19 AM

Tiga kenderaan pacuan empat roda di sebuah pusat pameran di Sungai Jelok, Kajang, lesap dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki, awal pagi semalam.

Suspek yang dipercayai terdiri daripada lima lelaki itu disyaki memecah masuk ke premis berkenaan kira-kira jam 4 pagi sebelum membawa lari tiga kenderaan Ford Ranger Raptor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata menurut saksi, seorang lelaki warga Pakistan, 47, yang merupakan pengawal keselamatan premis berkenaan, menyatakan suspek menceroboh premis itu bersenjata parang.

“Suspek juga mengikat pengawal keselamatan itu sebelum melarikan kenderaan tersebut.

“Nilai kerugian dalam kejadian berkenaan dianggarkan lebih kurang RM600,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata polis kini giat mengesan kesemua suspek terbabit dan meminta orang ramai tampil ke balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut.

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Insp Hafizah Abdul Latiff di talian 016-6060955.

- Bernama

Lihat Komen
ADS