Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ambiga: Tak perlu Sosma, panggil saja kalau nak siasat

Bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan berkata polis tidak perlu menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menangkap dua wakil rakyat DAP semalam.

Katanya, polis boleh sahaja memanggil pihak yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Kalau perlu panggil saja mereka untuk soal siasat.

“Jadi saya terkejut perkara ini berlaku bawah kerajaan ini. 

"Terkejut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam satu acara di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pagi ini.

Semalam polis menangkap dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) - G Saminathan (Gadek, Melaka) dan P Gunasekaran (Seremban Jaya, Negeri Sembilan) - selepas disyaki terlibat dengan aktiviti berkaitan LTTE.

Saminathan ialah exco kerajaan Melaka.

Mereka antara tujuh yang ditahan setakat ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS