Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kek lapis Sarawak dalam program TV masakan UK
Diterbitkan:  Oct 11, 2019 3:20 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Kek Lapis Sarawak, yang menjadi kegemaran penggemar kek di Malaysia, kini mendapat perhatian antarabangsa apabila diperkenalkan dalam sebuah rancangan televisyen United Kingdom popular, The Great British Bake Off.

Rancangan realiti TV tersebut menyaksikan peserta bertanding untuk menjadi pembuat kek dan pastri terbaik di UK.

Pemenang dalam episod yang mengetengahkan kek berkenaan, Henry Bird, berkata dia sendiri tidak tahu kewujudan Sarawak sebelum ini.

“Saya pernah mendengar Malaysia sebelum ini. Saya tidak pernah mendengar kek lapis Sarawak atau kek Lapis," kata Bird dalam episod tersebut yang disiarkan pada Rabu lalu.

Dalam adegan Showtopper, tujuh peserta bersaing dalam cabaran membuat kek lapis Sarawak, walaupun tidak pernah mencubanya sebelum ini.

Juri Paul Hollywood, chef selebriti Inggeris yang terkenal, berkata kek lapis Sarawak "salah satu ciptaan paling sukar" yang dilihat dalam rancangan mingguan kali ini.

Cara pembuatannya melibatkan beberapa lapis mengikut warna yang berbeza malah setiap warna mempunyai rasa yang pelbagai dan tersendiri, katanya.

Bird dinobatkan sebagai Star Baker bagi episod tersebut dan berjaya memenangi cabaran dengan keknya yang menggabungkan elemen kek lapis Sarawak dengan kek Inggeris.

Ciptaannya, yang dinamakan ‘English Present Box’, dihiasi buah raspberi.

"Perisa kek anda bagus, terbukti bagus, bakarpun bagus, warna bagus, dan teknik yang bagus,” Hollywood memberitahu Bird.

Peserta-peserta lain menggunakan elemen rempah, oren serta karamel dalam olahan kek lapis Sarawak mereka. 

Kek lapis moden mempunyai pelbagai perisa dan mendapat permintaan tinggi ketika sambutan perayaan di Malaysia.

Kek lapis Sarawak berbeza dengan kek lapis Betawi dari Indonesia kerana ia mempunyai pelbagai warna dan perisa. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS