Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua polis Kangar fail laporan terhadap pengarah eksekutif Suaram

Ketua Polis Kangar Wari Kiew telah memfailkan laporan terhadap Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy atas dakwaan memfitnah semalam.

Ini susulan Sevan mendakwa polis telah secara salah menahan dan menyiksa seorang bapa dan anaknya di daerah itu bulan lepas.

Aktivis hak asasi manusia itu berkata demikian pada sidang media Suaram semalam

"Saya membuat laporan itu supaya dia boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," kata Wari kepada Malaysiakini.

Semasa sidang media itu, Sevan berkata Pukalanthee Rajoo dan anak lelakinya, Linggeswaran ditangkap pada 21 September lalu selepas seorang gadis, yang curiga dengan kehadiran keduanya di kawasan terbabit, membuat laporan polis.

Berikutan penangkapan itu, Sevan mendakwa kedua-dua lelaki itu ditahan di lokap selama empat hari tanpa jaminan, dan polis dikatakan hanya menjelaskan alasan di sebalik penahanan pada hari kedua mereka ditahan.

Kedua-duanya hadir semasa sidang media itu.

Mereka dikatakan telah pergi ke Kampung Tok Kandang, di Kangar, berada di atas jalan tar dan kemudiannya, dikaitkan dengan cubaan menculik gadis berusia 15 tahun itu.

Mereka mendakwa gambar mereka dalam lokap diedarkan di media sosial dan disebabkan kejadian itu, mereka telah kehilangan kontrak pekerjaan.

Wari menafikan dakwaan bahawa kedua-duanya ditahan secara salah.

"Kami menjalankan siasatan mengikut undang-undang.

"Kami menahan suspek berdasarkan laporan polis dan kami membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

"Tidak ada yang ditangkap secara salah. Sekiranya dia (Sevan) tidak berpuas hati, sila buat laporan dan bukan mengadakan sidang media," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS