Malaysiakini
BERITA

Tiada undang-undang sekat majikan ambil wanita hamil bekerja - Mahfuz

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Okt 2019, 4:33 pagi

PARLIMEN l Tiada sebarang undang-undang memperuntukkan majikan untuk tidak mengambil wanita hamil bekerja, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun berkata aduan boleh dibuat kepada kementeriannya jika berlaku diskriminasi jantina dalam permohonan pekerjaan.

“Kami akan bertindak menghubungi pihak majikan dan membuat perundingan dan memberi nasihat supaya perkara sebegini tidak berlaku,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai langkah memastikan tiada wanita didiskriminasi di sebalik cadangan kerajaan melaksanakan cuti bersalin 90 hari bagi wanita bermula 2021.

Kepada soalan asal Nurul Izzah mengenai usaha melindungi pemohon kerja daripada segala bentuk diskriminasi, Mahfuz menjelaskan kementerian komited untuk melaksanakan garis panduan agar ini tidak berlaku di tempat kerja.

Kementerian, katanya, dalam tindakan menyemak peruntukan undang-undang pekerjaan iaitu khusus berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan dimasukkan dalam cadangan pindaan Akta 265 (Akta Kerja 1955).

Jelasnya, ia merangkumi diskriminasi berasaskan jantina, agama, bangsa, ketidakupayaan, status perkahwinan, bahasa, dan kehamilan.

“Selain itu, diskriminasi melibatkan terma dan syarat pekerjaan dalam kontrak perkhidmatan turut dilarang,” tambahnya.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.